Selamat Datang

Sunday 11 September 2011

Ikut nafsu, lesu



Kita sering mendengar pepatah ikut nafsu, lesu. Ikut hati, mati. Tetapi berapa ramai yang mengambil berat tentang hakikat perkara ini? Walaupun syaitan dibelenggu dengan rantai ketika bulan ramadhan (dah pun berlalu), tapi tidak sedikit yang mengambil ringan dengan godaan nafsu.

Firman Allah SWT: 'Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji (mungkar)' (QS Al-Baqarah: 169)

Ketika Allah menjadikan nafsu, nafsu dengan sombongnya tidak mengaku Keesaan Tuhan. Nafsu tetap mengatakan, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau, iaitu apabila Allah SWT bertanya kepada nafsu siapa dirinya.

Kesombongan nafsu menyebabkan ia dibenam di dalam api neraka selama 100 tahun dan apabila ia dikeluarkan daripada api neraka dan ditanya soalan yang sama, nafsu masih sombong dan angkuh dengan memberi jawapan yang sama lalu ia dibenam lagi dalam api neraka selama 100 tahun. Sebanyak 4 kali, nafsu dibenam di dalam api neraka sehingga akhirnya nafsu sendiri menyerah kalah dan mengaku Keesaan Tuhan. Di sini, jika kita mengkaji sifat kejadian nafsu dapatlah kita simpulkan bahawa nafsu sejak azali iaitu sejak ia berada di alam Lahut (Alam Ketuhanan) telah menjadi dalang utama segala kemelut dan haru-biru kerana keengganannya mengakui Keesaan Tuhan.

Nafsu Ammarah ialah nafsu yang segala pemikiran, sangkaan, andaian, pandangan dan tindak tanduk manusia yang membelakangkan Allah SWT. Nafsu Ammarah dan Lawammah ialah musuh paling hampir dalam diri kita, kerana nafsu Ammarah adalah sebahagian daripada diri kita. Nafsu Ammarah berada di dalam diri kita. Nafsu Ammarah terutamanya selalu memikirkan segala usaha buatnya adalah atas keupayaannya sendiri. Nafsu Ammarah juga selalu memikrkan perancangan atau kejayaan mereka dala satu-satu usaha kerana kecerdikan, kepintaran dan keupayaannya.

Nafsu Ammarah dan Lawammah mudah diperdaya oleh iblis dan kuncu-kuncunya. Apabila iblis dan kuncu-kuncunya menguasai dan merasuk jiwa-jiwa Ammarah dan Lawammah maka makin tak terkawallah nafsu Ammarah manusia sehingga ada bapa yang sanggup merogol anaknya sendiri, ada ibu yang sanggup menjual dan membuang anaknya, ada suami yang sanggup mendera isterinya dan ada anak yang manghambakan ibu bapanya.

Nafsu Ammarah yang dikuasai oleh iblis dan kuncu-kuncunya kadangkala bersifat lebih rendah daripada nafsu haiwan yang tidak berakal. Bayangkanlah pula jika mereka yang bernafsu Ammarah ini dipilih menjadi pemimpin dunia, negara, masyarakat dan keluarga. Akan hancurlah Iman dan Islam di tangan nafsu-nafsu Ammarah ini. Mereka akan memajusi dan menasranikan orang-orang yang di bawah pimpinannya melalui perancangan dan tindak tanduknya.

Di sini, nafsu Ammarah perlulah diproses sebagaimana Allah SWT memproses nafsu dengan membakarnya di dalam api neraka selama 400 tahun. Nafsu kita juga perlu diproses untuk mengenal Tuhannya secara berperingkat-peringkat iaitu daripada:

1. Nafsu Ammarah
2. Nafsu Lawammah
3. Nafsu Mulhimah
4. Nafsu Mutmainnah
5. Nafsu Rodhiah
6. Nafsu Mardiah
7. Nafsu Kamilah

Hanya nafsu yang telah diproses pada peringkat Mutmainnah sahaja yang mengenal Tuhannya. Nafsu ini sahaja yang tunduk dan yakin dengan Tuhannya serta redha dengan kehidupan ini. Nafsu Ammarah dan Lawwamah, segala tindak tanduknya, pemikiran, sangkaan dan andaiannya membelakangkan Allah SWT. Apabila kita meletakkan Allah SWT di bawah, berlakulah segala haru-biru di dalam kepala (pemikiran) dan tindak-tanduk kita.

p/s : artikel ini untuk saya sendiri yang masih lemas dalam lautan nafsu

No comments:

Post a Comment